Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan  




Fakulti Animasi & Multimedia

FAKULTI ANIMASI & MULTIMEDIA bermatlamat melahirkan graduan pakar dalam bidang animasi dan permainan seni digital. Fakulti menawarkan tiga program yang direka dengan teliti bersama pakar-pakar industri, penyelidik, dan persatuan industri untuk menghasilkan graduan yang berkualiti. Selain itu, pelaksanaan pembelajaran secara interdisiplin dalam media kreatif, teknologi, seni, dan budaya mengalakkan pelajar menghasilkan karya yang penuh nilai seni warisan.


 

Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian

MQA/PA 8740

Program Seni Permainan Digital melayakkan pelajar yang berminat meneruskan pendidikan pembinaan kesenian permainan digital; permainan video dan aplikasi. Kaedah pembelajaran secara project-based memberi pengalaman amali seperti di dunia industri. Output program ini melayakkan pelajar menghargai nilai estetika seni permainan untuk bekerja sebagai game artist, modeler, level designer, game developer, producer, dan technical artist.

Modul Utama Pengajian :

• Game Art Studio • 3D Modeling  • Motion Capture
• Technical Art  • 3D Computer Animation   • Moving Images & Sound
• Game Studies • Multimedia & Communication  • Game Project Development
• Game Quality Assessment • Narrative Design  • Law in the Arts

Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian

MQA/PA7915

Program ini memberi peluang kepada pelajar yang berbakat dan berpengalaman untuk mendalami ilmu animasi. Pelajar akan mempelajari dengan teori dan amali yang lebih kritikal untuk menghasilkan animasi yang bermakna. Kaedah pembelajaran secara studio dengan mengaplikasikan blended-learning. Pengisian program dirangka secara teliti yang merangkumi keperluan kemahiran industri animasi. Program ini melahirkan profesional dalam kerjaya animator, modeler, texture artist, art director, producer, compositor, dan layout artist.

Modul Utama Pengajian :

• Character Design • Illustration  • Integrated Design Studio
• 3D Computer Animation  • Visual Effects for Animation   • Animation Merchandising
• Animation Project • Law in the Arts  • Animation Studies
• Motion Capture • 3D Modelling  • Script and Storyboard

 


Diploma Animasi

MQA/FA3001

Modul program ini melatih pelajar untuk menjadi penggiat industri animasi yang boleh menguasai kemahiran sebagai animator. Para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran produksi menghasilkan animasi 2D dan animasi 3D serta kemahiran menggunakan teknologi multimedia. Kaedah pembelajaran secara studio memberi pelajar pengalaman yang lebih semasa mempelajari animasi.

Modul Utama Pengajian :

• Animasi 2D • Modeling Komputer  • Komputer Animasi
• Lukisan Figura • Projek Animasi  • Apresiasi Animasi
• Seni Penceritaan Animasi  • Kesan Khas Visual  • Penyuntingan Audiovisual 

 

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)