Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan  



Senarai Penaja Pinjaman / Biasiswa

Bil

Pinjaman / biasiswa

Syarat kelayakan

1.

Pinjaman ASWARA

Pinjaman ini hanya terbuka kepada pelajar tahun dua (2) Diploma dan  Ijazah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang  telah mencapai tahap Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 3.00 ke atas  dan tidak menerima sebarang penajaan sama ada  dalam bentuk  pinjaman ataupun biasiswa daripada mana-mana pihak. 

2.

Biasiswa ASWARA

  • Dibuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Animasi & Multimedia, Rekaan Komunikasi Visual, Teater, Tari, Muzik, Filem & Televisyen, Penulisan Kreatif dan Pengurusan Seni dan Budaya
  • Tidak terikat dengan sebarang biasiswa/pinjaman dari organisasi lain.
  • Pendapatan isi rumah/ibu bapa kurang dari RM 3,000 sebulan.
  • SPM – Cemerlang dalam Bahasa Melayu dan 3 matapelajaran lain Pendidikan Seni Visual, Perakaunan, Sejarah, Kesusasteraan Melayu, Kesusateraan Inggeris, Ekonomi Asas, Perdagangan dan kepujian dalam matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • Cemerlang dalam STPM: 4 Prinsipal A/B
  • ATAU Pemegang Diploma dalam bidang seni yang berkaitan dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.50

 

3.

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor

  • Pemohon lahir di negeri Selangor atau ibu bapa lahir di negeri Selangor atau pemohon bermastautin lebih dari lima tahun di negeri Selangor dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua  Kampung.
  • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja. (Pengajian secara Jarak Jauh (PJJ)/luar kampus (PLK) tidak layak memohon.
  • Pelajar belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja.
  • Kelayakan akademik bagi Ijazah – Memperoleh Kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas atau memperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana matapelajaran diperingkat STPM ataumemperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM. Diploma-Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran peringkat SPM atau memperoleh Kelayakan sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas.

 

4.

Yayasan Pelajaran Johor

WargaNegeri Johor DAN menetap di Negeri Johor ;

  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan
  • Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sahlaku semasa permohonan

dikemukakan.

-     1.5 Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

-      Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa)

  • Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuhmasa’

 

5.

Yayasan Pelajaran Terengganu

  • Mendapat tawaran daripada institusi pengajian/latihan berkaitan.
  • Rakyat Negeri Terengganu berasaskan kepada tempat kelahiran ayah atau ibu ataupun telah bermastautin di negeri ini melebihi 10 tahun dan mempunyai bukti untuk menetap terus di negeri ini. Bagi kes bermastautin, surat pengesahan bermastautin hendaklah diperolehi.
  • Tidak mendapat penajaan daripada penaja-penaja lain.
  • Tidak mendapat penajaan pada kadar penuh (maksimum) daripada mana-mana agensi penajaan utama.
  • Bagi mereka yang bekerja, pertimbanganakan diberi kepada mereka yang diluluskan separuh atau tanpa gaji oleh majikan.

 

6.

Yayasan Pahang

  • Mendapat tempat/tawaran dari IPT mengikut kategori dibawah
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik
  • Mempunyai sah siah diri yang baik dan memiliki personality unggul
  • Anak negeri Pahang termasuk pemohon atau ibu bapa dilahirkan di Negeri Pahang ATAU Jika pemohon serta ibu bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada wakil rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 keatas ATAU lulus Matrikulasi ATAU STPM dengan mendapat CGPA 3.0 keatas

 

7.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

  • Pemohon anak kelahiran negeri Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
  • Ditawarkan tempat ke IPTA
  • Pemohon yang sedang mengikuti PRA Universiti/Matrikulasi tidak layak memohon.
  • 2 orang penjamin bergaji RM 500.00 keatas.

 

8.

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

  • Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Kursus Diploma Lulus SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

-     Kursus Sarjana Muda Lulus Sijil STPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.

Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali Menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya

PNGK/CGPA3.00Lulus Foundation dengan mendapat

sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5

 

9.

Perkeso

  • Applicants can also be children of contributors who died while in employment because of injuries, or died before reaching their 55th year.
  • The applicants must be below 21 years of age
  • Not married
  • Pursuing degree, diploma or certificate courses recognised by the Education Ministry.

 

10.

Yayasan Bank Rakyat

  • Ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikuti pengajian di tahun pertama di IPTA/IPTS di dalam Negara yang diiktiraf oleh kementerian yang berkaitan dengan pengajian tinggi / Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA/ILS.
  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran.
  • Berumur tidak lebih daripada 30 tahun semasa tamat pengajian.
  • Tidak muflis
  • Telah disahkan mendapat tempat pengajian /latihan secara sepenuh masa di IPTA/IPTS/ILA/ILS
  • Dibuka kepada pelajar tahun pertama pengajian.
  • Pelajar yang memohon mestilah mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat.
  • Mengikuti Pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah (YBR)
  • Kelayakan akademik – Ijazah Pertama PNGK 3.0 keatas peringkat Diploma / STPM atau STAM atau yang setara dengan STPM atau Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan sekurang-kurang PNGK 3.0. Bagi Diploma kelulusan SPM sekurang-kurangnya gred 5A dan 4B (tiada gred C dan keatas.

 

11.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

  • Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) mula diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan meringankan beban kewangan anak-anak Peneroka dan sebagai sumbangan saguhati FELDA kepada anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih.

-    Syarat kelayakan permohonan SIAP adalah seperti berikut;

a. Terbuka hanya kepada Anak Peneroka, Anak Tiri Peneroka atau Anak Angkat Peneroka yang berdafta rsecarasah (sertakan salinan surat pendaftaran atau surat pengesahan)

b. Mendapat tawaran peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih

c. Had Umur – Diploma (18 – 23 tahun) Ijazah (18 – 25 tahun)