PERATURAN SAHSIAH & RUPADIRI PELAJAR
BAHAGIAN I
1. TUJUAN
Peraturan – peraturan ini dibuat bertujuan untuk memberikan suatu garis panduan mengenai sahsiah, rupadiri dan tatacara pakaian yang perli dipatuhi oleh pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA) semasa berada di kampus ini.
Peraturan – peraturan ini juga bertujuan untuk menjaga imej dan nama baik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Ianya diharap dapat membentuk suasana kampus dan pembelajaran yang harmoni, disiplin serta mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi.
Peraturan ini digariskan kepada pelajar supaya mematuhi disiplin yang diteteapkan. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini.
Peraturan ini terpakai kepada semua pelajar sepanjang mereka belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
2. TAFSIRAN
Akademi
‘Akademi’ ertinya AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN atau ASWARA ditubuhkan dibawah seksyen 3; Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(Akta 653) iaitu sebuah pusat pengajian tinggi seni persembahan yang ditubuhkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
Lembaga Pengajian
‘Lembaga pengajian’ ertinya Lembaga pengajian Akademi yang ditubuhkan di bawah seksyen 12; Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Ianya berfungsi sebagai penasihat Lembaga tentang semua perkara akademik Akademi. Lembaga pengajian mempunyai beberapa orang ahli seperti dalam Seksyen 12 (2) Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
Rektor
‘REKTOR’ ertinya Rektor akademi yang dilantik di bawah seksyen 13 sebagai Ketua Pegawai eksekutif Pentadbiran dan akademik bagi Akademi dan ianya dilantik oleh Y.B Menteri.
Kampus
‘ Kampus’ ertinya kawasan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang terletak di 464, Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur.