Pilihan Bahasa
 
::: Info PeTA :::
image image

PENILAIAN TAHUN AKHIR (PeTA)

Penilaian Tahun Akhir (PeTA) merupakan Festival Seni ASWARA dan kemuncak pengajian bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). PeTA melambangkan kemampuan dah keistimewaan pelajar-pelajar ASWARA sebagai penuntut seni professional dan melahirkan karya-karya seni. PeTA ASWARA adalah acara tahunan dan wajib dilaksanakan oleh pelajar Diploma pada semester kedua tahun tiga pengajian. Ini merupakan satu bentuk penilaian hasil pembelajaran ASWARA sepanjang pengajian mereka dalam bidang seni, budaya dan warisan. PeTA'11 merupakan platform kepada pelajar untuk memaparkan karya seni pelajar melalui tema "Dari Kaca Mata Karyawan Muda".

 

PANEL PENILAI PETA

Penilaian Tahun Akhir (PeTA) melibatkan panel penilai yang terdiri daripaad panel akademik, ahli industri seni, penggiat-penggiat seni dan karyawan seni serta golongan profesional. Panel Penilai terdiri daripada Penyelia, Panel Penilai Dalam dan Panel Penilai Luar.

Penyelia PeTA adalah dari kalangan pensyarah yang menyelia prestasi pelajar yang dinilai bermula semesta pertama tahun tiga pengajian mereka. Panel Penilai Dalam adalah terdiri daripada pensyarah yang dilantik untuk menilai karya-karya dan persembahan semasa PeTA berlangsung. Manakala, Panel Penilai Luar adalah terdiri daripada para akademik, penggiat, karyawan dan professional yang dijemput khas untuk membuat penilaian semasa PeTA dijalankan berdasarkan kepda kepakaran masing-masing.

 

PAMERAN PeTA

Pelaksanaan PeTA'11 akan diiringi dengan pameran eksklusif hasil kerjasama semua fakulti pengajian ASWARA. Objektif pameran ini adalah untuk mempamerkan hasil kajian atau proses penilaian tahun akhir pelajar mengikut pengkhususan fakulti masing-masing. Selain itu, ia juga merupakan strategi dalam mempromosikan hasil produk dan bakal-bakal graduan ASWARA kepada khalayak umum amnya dan kepada industri seni khususnya.

 

 

Penilaian Tahun Akhir 2011 (PeTA 2011)
Klik pada pautan di bawah untuk muat turun jadual,poskad dan buku program

1. Jadual PeTA 2011
2. Poskad PeTA 2011
3. Buku Program PeTA 2011

Paparan : 6165
Tarikh Akhir Dikemaskini : 07 Jun 2011
::: PAUTAN AGENSI :::
  • Arkib Negara Malaysia Balai Seni Visual Negara FINAS Istana Budaya IKN
  • Jabatan Hal Ehwal Khas Bernama Institut Penyiaran & Penerangan Tun Abdul Razak Jabatan Filem NegaraJKKN
  • Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Warisan Negara Jabatan Penyiaran Malaysia Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia MalaysiaKPKK
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © ASWARA
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Pelawat :
2 0 6 7 4 7
Tarikh Kemaskini : 17 Mei 2012, 03:48 PM
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
Latarbelakang Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3 Latarbelakang 4 Latarbelakang Asal Saiz Teks Kecilkan Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan
orisize
Pilihan Warna blue green red  semula tema asal tema hitam tema biru tema coklat Kurang Upaya W3C w3cimage voiceimage