Pilihan Bahasa
 

Admin

::: Info JPP ASWARA :::

PENUBUHAN JPP

Akademi hendaklah mempunyai suatu jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) mengikut Bahagian IV Seksyen 18 (AKTA 653).


TUJUAN DAN FUNGSI JPP

1.    Menjadi penghubung antara pelajar dengan pihak pentadbiran ASWARA dalam membantu melaksanakan aktiviti pelajar dalam dan di luar ASWARA dan aktiviti JPP dengan sokongan dan kelulusan pentadbiran ASWARA

2.    Menjaga kebajikan pelajar di dalam dan di luar kampus ASWARA dari segi tempat tinggal, penajaan, kewangan, keadaan pembelajaran, kemudahan rekreasi,  bimbingan agama dan moral.
   
3.    Membantu mempastikan Peraturan akademik, Peraturan tatatertib pelajar, Peraturan sahsiah dan rupadiri pelajar  dapat dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua pelajar.

4.    Melaksanakan program kebajikan dan sosial yang melibatkan pelajar seperti kerja amal untuk pelajar, kerja amal untuk kakitangan akademik / pentadbiran ASWARA, aktiviti sukan, rekreasi atau, ilmiah yang mendapat sokongan dan kelulusan dari Rektor atau Hal Ehwal Pelajar.


KEANGGOTAAN JPP

Pelajar-pelajar yang layak untuk menganggotai JPP ASWARA adalah:

i.     Pelajar ASWARA yang mengikuti pengajian sepenuh masa
ii.    Pelajar ASWARA yang telah mendaftar pada semester diadakan pengundian


PERLANTIKKAN JPP

JPP terdiri dari 11 orang pelajar yang dipilih dengan undian terbanyak bagi jawatan berikut :

i. Pengerusi 1 orang
ii. Timbalan Pengerusi 1 orang
iii. Setiausaha 1 orang
iv. Penolong Setiausaha 1 orang
v. Bendahari 1 orang
vi. Wakil Program Muzik 1 orang
vii. Wakil Program Tari 1 orang
viii. Wakil Program Penulisan 1 orang
ix. Wakil Program Teater 1 orang
x. Wakil Program FTV 1 orang
xi. Wakil Program Seni Halus 1 orang



TEMPOH PEMEGANG-PEMEGANG JAWATAN JPP

Ahli-ahli JPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun.


KELAYAKAN CALON JPP

Pelajar yang layak bertanding memegang jawatan dalam JPP merupakan :

i.    Pelajar ASWARA yang mengikuti penagajian sepenuh masa   

ii.    Pelajar yang bebas dari apa-apa dakwaan atau sebarang tindakan tatatertib terhadapnya boleh dipilih atau masih menjadi seorang ahli JPP, melainkan dibenarkan secara bertulis oleh Rektor.

iii.    Pelajar yang telah menduduki peperiksaan pertamanya dan lulus dalam kursus pengajiannya.

iv.    Tidak pernah mengulang tahun pengajian.


PERATURAN PEMILIHAN JPP

a.    Pelajar-pelajar yang berkelayakkan untuk menamakan calon, menyokong     pencalonan dan mengundi adalah :

i.    Pelajar ASWARA yang mengikuti pengajian sepenuh masa
ii.    Pelajar ASWARA yang telah mendaftar pada semester diadakan pengundian
iii.    Pelajar ASWARA di semua tahun pengajian

b.    Seorang pelajar boleh :

i.    menjadi pencadang sebanyak 2 kali sahaja
ii.    menjadi penyokong sebanyak 2 kali sahaja
iii.    menjadi calon untuk satu jawatan sahaja

c.    Calon-calon yang akan bertanding diwajibkan membuat pidato umum     pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran     ASWARA.

d.    Calon-calon dibenarkan berkempen di dalam premis ASWARA pada     tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran     ASWARA tanpa mengganggu kawasan pentadbiran.

e.    Pengundian dibuat melalui  kertas undi rahsia  yang disediakan  oleh     Pegawai Hal Ehwal Pelajar dengan bilangan yang sama banyak dengan     bilangan pelajar yang belajar dalam tahun pemilihan wakil-wakil JPP     dibuat dengan kelulusan Rektor ASWARA.

f.    Keputusan dibuat mengikut kiraan undi terbanyak dengan tidak kurang     daripada dua pertiga daripada ahli-ahli hadir dan mengundi.


PERTIKAIAN TENTANG PEMILIHAN

Jika timbul sesuatu pertikaian tentang samada seorang ahli atau pemegang jawatan bagi JPP telah dilantik dengan sewajarnya, mengikut mana yang berkenaan, maka pertikaian itu hendaklah diputuskan oleh Rektor atau seseorang  yang dilantik olehnya bagi maksud itu, dan Rektor atau keputusan orang itu mengenainya adalah muktamad.


MESYUARAT-MESYUARAT JPP

i.    JPP hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu dan adalah menjadi kewajipan setiausaha menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat JPP dan minit itu hendaklah disahkan dalam suatu mesyuarat yang kemudian.

ii.    JPP hendaklah, hendaklah tidak kurang daripada 40 jam sebelum mengadakan sesuatu mesyuarat, memberi notis mengenai masa dan tarikh mesyuarat itu dan juga agendanya kepada pegawai HEP.

iii.    Tiap-tiap mesyuarat JPP hendaklah diadakan hanya di suatu tempat yang disediakan bagi maksud mesyuarat-mesyuarat itu oleh Pegawai HEP.

iv.    Pegawai HEP atau wakil hendaklah hadir dalam setiap mesyuarat JPP.

v.    Satu salinan minit tiap-tiap mesyuarat JPP hendaklah diberi JPP kepada Rektor dalam masa 72 jam selepas tiap-tiap satu mesyuarat.


PEMERIKSAAN REKOD-REKOD

Rekod JPP sesuatu jawatankuasa hendaklah sentiasa terbuka untuk diperiksa oleh Rektor atau wakilnya.


PERBELANJAAN JPP

i.    JPP tidak boleh menyenggara apa-apa kumpulan wang atau membuat apa-apa pungutan wang atau harta daripada mana-mana sumber,

ii.    Apa-apa perbelanjaan munasabah sebagaimana yang dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Rektor untuk dilakukan oleh JPP boleh dibayar oleh ASWARA. 

iii.    Sebarang tuntutan bertulis yang munasabah dengan disokong resit-resit dan baucer-baucer yang dikemukakan oleh JPP kepada Rektor dan diluluskan olehnya, boleh dibayar oleh ASWARA.


PEMBUBARAN JPP
Pembubaran JPP adalah mengikut Bahagian IV Seksyen 19 (AKTA 653)
 

Paparan : 2143
Tarikh Akhir Dikemaskini : 21 Disember 2010
::: PAUTAN AGENSI :::
  • Arkib Negara Malaysia Balai Seni Visual Negara FINAS Istana Budaya IKN
  • Jabatan Hal Ehwal Khas Bernama Institut Penyiaran & Penerangan Tun Abdul Razak Jabatan Filem NegaraJKKN
  • Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Warisan Negara Jabatan Penyiaran Malaysia Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia MalaysiaKPKK
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © ASWARA
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Pelawat :
2 0 6 7 4 7
Tarikh Kemaskini : 17 Mei 2012, 03:48 PM
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
Latarbelakang Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3 Latarbelakang 4 Latarbelakang Asal Saiz Teks Kecilkan Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan
orisize
Pilihan Warna blue green red  semula tema asal tema hitam tema biru tema coklat Kurang Upaya W3C w3cimage voiceimage