iJACH iJACH

 
 

The International Journal of Arts, Culture and Heritage (iJACH)

PANDUAN KEPADA PENULIS

1.0       SKOP

The International Journal of Arts, Culture and Heritage (iJACH) adalah jurnal antarabangsa yang diterbitkan oleh Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dengan menumpukan kepada pembangunan pengetahuan dalam pelbagai genre seni visual dan persembahan, sastera, budaya serta warisan, khususnya penyelidikan di rantau Asia. Jurnal ini memberi penekanan dari aspek kualiti yang tinggi dari segi keaslian artikel asal, ulasan buku, kerja seni dan hasil penyelidikan untuk mempertingkatkan bidang seni, budaya dan warisan.

iJACH diterbitkan dua kali setahun dalam talian oleh ASWARA dan akan dipantau oleh pengulas dalam disiplin yang berkaitan.

2.0       GARIS PANDUAN

  • Had perkataan: 5,000 hingga 7,000 patah perkataan
  • Penulisan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Karya-karya asli yang belum pernah diterbitkan sebelum atau tidak diserahkan kepada mana-mana penerbit.
  • Tajuk dan deskriptif (maksimum 15 perkataan)
  • Menyertakan butir-butir lengkap pengarang: Nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor faksimili dan alamat emel.
  • Abstrak
  • Kata kunci
  • Kandungan
  • Kesimpulan
  • Rujukan
  • Biografi penulis 

3.0       FORMAT PENULISAN

  • Saiz margin manuskrip di atas kertas A4 hendaklah mengikut spesifikasi berikut
  • Atas: 5.5 sm
  • Bawah: 4.0 sm
  • Kiri: 4.0 sm
  • Kanan: 3.5 sm
  • Manuskrip hendaklah ditaip menggunakan TIMES NEW ROMAN mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh iJACH.

3.1       Tajuk

    • Tajuk manuskrip perlu tepat, padat dan berkaitan dengan kandungan.
    • Nama penuh penulis hendaklah ditulis di bawah tajuk. Jika terdapat penulis bersama, nyatakan penulis utama untuk dihubungi.
    • Manuskrip di dalam Bahasa Melayu perlu mempunyai tajuk dalam Bahasa Inggeris
    • Tajuk manuskrip mesti ditulis menggunakan format Bold & Title Case, saiz huruf 18 dan Centered.
    • Nama penulis perlu ditulis menggunakan format Bold & Case Title, saiz huruf 10 dan Centered.
    • Butir-butir penulis perlu ditulis menggunakan format Normal & Title Case, saiz huruf 9 dan Centered.

3.2       Abstrak

  • Abstrak harus tepat menjelaskan aspek permasalahan, objektif, metodologi, penemuan serta kesimpulan, tidak melebihi 200 patah perkataan.
  • Manuskrip Bahasa Melayu juga harus menyertakan abstrak dalam Bahasa Inggeris.
  • Abstrak hendaklah ditulis menggunakan Italics, saiz huruf 10 dan Justified.

 

Mukasurat: 1  2  3  4  

Paparan : 603
Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Julai 2012
Tarikh Kemaskini : 05 Disember 2012