Pilihan Bahasa
 
::: Hubungan Korporat & Antarabangsa :::

    Bahagian Perhubungan Korporat dan Antarabangsa memain peranan dalam menjalankan tugas-tugas perhubungan universiti antara agensi media dan institusi yang aktif dalam dunia pendidikan dan institusi seni yang berkaitan sama ada di luar mahupun di dalam Negara.

    Selain itu, bahagian ini juga membantu dalam mempromosikan serta merancang penjenamaan universiti secara meluas bagi meningkatkan imej dan penjenamaan semula korporat di peringkat yang lebih tinggi ke arah membentuk butik universiti.

    Perhubungan Korporat dan Antarabangsa sentiasa memperbaiki dalam perkhidmatan utama yang ditawarkan antaranya pengurusan majlis dan protokol, pengurusan promosi dan pemasaran, pengurusan penerbitan korporat, hal-ehwal perhubungan awam, pengurusan media dan publisiti dan pengurusan aduan awam yang mana ianya relevan dengan kehendak dan skop (ruang lingkup) universiti.

    Bahagian ini juga berhubung rapat dengan agensi dan kementerian di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.  Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kementerian secara tidak langsung melibatkan bahagian ini untuk bekerjasama samada dari segi acara, jemputan, pameran dan sebagainya.  Hal-ehwal berhubungan dengan media cetak dan elektronik seperti mengadakan sidang media, slot TV dan radio, hebahan, siaran akhbar mengenai program atau aktiviti yang dijalankan di peringkat ASWARA dan juga fakulti juga turut dikendalikan oleh bahagian ini.

    Bahagian ini juga turut mengendalikan lawatan berpandu bagi pengunjung yang terdiri dari sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi dan swasta, persatuan atau NGO dan badan-badan atau agensi kerajaan dan swasta di dalam Negara mahupun dari luar Negara.

Paparan : 6291
Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 Disember 2010
::: PAUTAN AGENSI :::
  • Arkib Negara Malaysia Balai Seni Visual Negara FINAS Istana Budaya IKN
  • Jabatan Hal Ehwal Khas Bernama Institut Penyiaran & Penerangan Tun Abdul Razak Jabatan Filem NegaraJKKN
  • Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Warisan Negara Jabatan Penyiaran Malaysia Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia MalaysiaKPKK
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © ASWARA
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Pelawat :
2 0 6 7 4 7
Tarikh Kemaskini : 17 Mei 2012, 03:48 PM
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
Latarbelakang Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3 Latarbelakang 4 Latarbelakang Asal Saiz Teks Kecilkan Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan
orisize
Pilihan Warna blue green red  semula tema asal tema hitam tema biru tema coklat Kurang Upaya W3C w3cimage voiceimage