Visi
Menjadi entiti yang unggul dalam memberi perkhidmatan dan sokongan ke arah pembangunan pelajar dan graduan selaras dengan visi ASWARA.
Misi
Untuk memperkasakan ASWARA dengan menyediakan kemudahan dan kebajikan pelajar serta menjalinkan hubungan strategik dengan Alumni sejajar dengan misi ASWARA.
Fungsi
- Berperanan untuk memastikan penyediaan persekitaran yang kondusif bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan dan urusan yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar, kemudahan kolej kediaman, kemudahan bantuan kewangan, kesihatan, kebajikan, kaunseling peribadi, kerjaya dan kegiatan berpersatuan.
- Berperanan dalam hal berkaitan disiplin pelajar dan melaksanakan peraturan tatatertib am pelajar, sahsiah dan rupa diri pelajar, peraturan asrama
- Sebagai penghubung antara pelajar dengan pentadbiran ASWARA, Institusi-institusi Pengajian Tinggi, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan luar dan orang perseorangan.
- Menyelaras kegiatan pelajar seperti aktiviti keagamaan, intelektual, kepimpinan, kebudayaan, sukan dan sosial.
- Membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa, biasiswa dan pinjaman.
- Menjaga ketenteraman pelajar dalam dan luar kampus melalui perlaksanaan Akta ASWARA 653.
- Mengukuhkan jalinan perhubungan ASWARA-Alumni-Industri dalam pelbagai program.
- Menyelaras kerja-kerja penyelidikan seni, budaya dan warisan dan menerbitkan karya ilmiah yang berkualiti dalam bentuk buku, jurnal, dvd/vcd.
- Menyediakan keperluan maklumat dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, rujukan dan rundingan serta mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan pusat sumber.
- Memberi khidmat bantuan artistik kepada aktiviti dan program anjuran pelajar, fakulti, dan ASWARA