Koleksi ini terdiri daripada buku-buku pelbagai jenis seperti bahan-bahan teks,kertas kerja persidangan, laporan, bahan-bahan bacaan ringan dan skrip pelajar. Buku-buku ini tersusun di rak-rak di Tingkat 6 dan sebahagian di tingkat 4 (skrip). Buku-buku ini boleh dikesan melalui Katalog Atas talian (SKAT). Koleksi ini merupakan koleksi untuk pinjaman biasa. Peminjaman bahan-bahan ini boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi.