Pilihan Bahasa
 

Admin

::: Akta 653 :::

AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006 ( Akta 653 )
Penubuhan ASWARA tertakhluk di bawah AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN 2006 ( AKTA 653 ). Akta ini mempunyai (8) bahagian dengan 52 seksyen. Bahagian – bahagian utama adalah seperti berikut :-

  • Bahagian I
  • Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa dan tafsiran.

  • Bahagian II
  • Penubuhan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

    • Seksyen 3 (1)

    Maka hendaklah ditubuhkan satu akademi yang dikenali sebagai “ Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan “

    • Seksyen 3 (3)

    Tertakluk kepada kelulusan Menteri, Akademi boleh mengadakan pengajian, kursus dan latihan dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan secara khususnya termasuk seni halus, sinematografi atau penggambaran, koreografi, drama, lakonan pentas atau sinematik, pengurusan pentas, fotografi, reka bentuk, kesenian kreatif, tarian, penulisan kreatif, lakon layar, penulisan skrip, pengarkiban atau subjek yang berkaitan dengan arkib, sains perpustakaan atau subjek berkaitan dengan perpustakaan, subjek muzium, produksi televisyen atau media elektronik, muzik dan pengajian, kursus atau latihan lain seumpanya sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

    • Seksyen 4

    Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ( AKTA 30 ), Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550) dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 (AKTA 555) tidak terpakai bagi Akademi.

Mukasurat: 1  2  3  

Paparan : 8409
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 November 2009
::: PAUTAN AGENSI :::
  • Arkib Negara Malaysia Balai Seni Visual Negara FINAS Istana Budaya IKN
  • Jabatan Hal Ehwal Khas Bernama Institut Penyiaran & Penerangan Tun Abdul Razak Jabatan Filem NegaraJKKN
  • Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Warisan Negara Jabatan Penyiaran Malaysia Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia MalaysiaKPKK
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © ASWARA
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Pelawat :
2 0 6 7 4 6
Tarikh Kemaskini : 17 Mei 2012, 03:48 PM
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
 
Latarbelakang Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3 Latarbelakang 4 Latarbelakang Asal Saiz Teks Kecilkan Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan
orisize
Pilihan Warna blue green red  semula tema asal tema hitam tema biru tema coklat Kurang Upaya W3C w3cimage voiceimage