FAKULTI MUZIK

Fakulti Muzik ASWARA menawarkan program pendidikan muzik yang bermatlamat untuk melahirkan para graduan Ijazah Sarjana Muda yang berilmu dan berketerampilan tinggi. Terdapat tiga buah program Ijazah Sarjana Muda Muzik Denga Kepujian yang ditawarkan iaitu program Persembahan, program Komposisi dan Gubahan dan program Produksi Audio. Pelajar boleh memilih salah satu program apabila berada pada Tahun ke dua.

Keunikan program muzik ASWARA adalah pengajian muzik dalam pelbagai genre merangkumi muzik Jazz dan Popular, Western Traditional dan Muzik Tradisional Malaysia. Program ini juga menitikberatkan kemahiran insaniah dan keusahawanan. Pelajar akan didedahkan dengan kursus seperti Penulisan Ilmiah sebagai pendedahan awal untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah.

Program Ijazah Sarjana Muda Muzik dijalankan selama 6 semester atau tiga tahun bagi melengkapkan keperluan 120 jam kredit. Pada penghujung semester 5, pelajar perlu menghasilkan persembahan atau hasil karya yang dinilai oleh panel luar dan kalangan industri di hadapanpan khalayak ramai. Pada semester 6, pelajar perlu menghadiri Latihan industri atau program internship di beberapa tempat yang sesuai dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki.

 

DIPLOMA SENI MUZIK – MQA/FA 016

Program Diploma Seni Muzik adalah khusus bagi calon yang berada pada tahap asas dan menengah. Kemasukan adalah melalui proses temuduga dan ujibakat selepas calon memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Selain penekanan dalam aspek kemahiran seperti pengajian alat muzik major dan penglibatan dalam ensemble muzik, pelajar juga didedahkan dengan keperluan dari sudut kognitif seperti Teori Muzik dan Sejarah Muzik. Program Diploma Seni Muzik dijalankan selama 6 semester atau tiga tahun bagi melengkapkan keperluan 90 jam kredit.

 

DIPLOMA SENI MUZIK

Program Diploma. Seni Muzik ditawarkan khusus bagi calon yang berada pada tahap asas dan menengah. Kemasukan adalah melalui proses temuduga dan ujibakat selepas calon memenul1i syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh ASWARA.

Selain penekanan dalam aspek kemahiran seperti pengajian ala! muzik major dan penglibatan dalam ensemble muzik, pelajar juga didedahkan dengan keperluan dari sudut kognitif seperti Teori Muzik, Solfeggio, dan Sejarah Muzik. Program Diploma Seni Muzik dijalankan selama 6 semester atau tiga tahun bagi melengkapkan keperluan 90 jam kredit. Pelajar perlu membuat persembahan pada setiap semester. Kemuncak program ini ialah persembahan dikhalayak ramai iaitu projek Penialaian Tahun Akhir PeTA. Pelajar juga berpeluang mewakili ASWARA membuat persembahan di dalam dan luar negara.

 

Program ljazah Sarjana Muda dengan Kepujian

Program ljazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian dilaksanakan selama 6 semester atau 3 tahun bagi melengkapkan keperluan 120 jam kredit. Pada penghujung semester 5, pelajar perlu menghasilkan persembahan atau hasil karya yang dinilai oleh panel luar dari kalangan ahli akademik dan industri di hadapan khalayak ramai. Bermula semester 6, pelajar perlu menghadiri program Latihan lndustri di beberapa tempat yang sesuai dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan dengan kursus seperti Penulisan llmiah dan Metodologi Penyelidikan sebagai pendedahan awal sekiranya pelajar berminat melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah. Terdapat tiga program ljazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian yang ditawarkan iaitu program Persembahan, Kornposisi & Gubahan, dan Produksi Audio. Pelajar boleh memilih salah satu program apabila berada pada tahun kedua setelah memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan di tahun pertama pengajian.

 

IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (PERSEMBAHAN)

Program Persembahan memberi penekanan kepada mutu permainan terutamanya dalam persembahan alat muzik atau vokal. Pengajian ditawarkan secara one to one iaitu seorang pelajar dibimbing oleh seorang tenaga pengajar. Pelajar boleh memilih satu alat muzik yang ingin dipelajari dari pelbagai genre muzik. Pelajar akan dilatih secara intensif dalam teknik permainan dan kreativiti dalam persembahan. Kursus ensemble disediakan agar pelajar mendapat pendedahan serta membuat persembahan muzik secara berpasukan. Pelajar diwajibkan membuat persembahan pada setiap semester. Kemuncak bagi program ini ialah persembahan dalam Projek Penilaian tahun Akhir (PeTA). Sewaktu di akhir pengajian, pelajar akan bersedia melibatkan diri dalam industri dan mengembangkan ilmu serta kemahiran yang diperolehi.

 

IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (KOMPOSISI DAN GUBAHAN)

Program Komposisi dan Gubahan mengutamakan kreativiti individu dan kepimpinan dalam kerja berpasukan. Pengajian adalah merangkumi penciptaan lagu, susunan muzik orkestra dan big band serta muzik untuk filem, animasi, permainan digital, seni persembahan !eater dan tari. Pelajar berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari fakuti lain di ASWARA. Penekanan program ini adalah teknik gubahan dan analisis harmoni yang memerlukan penguasaan dalam teori muzik sebelum boleh diterima masuk didalam program ini. Pelajar perlu mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan muzik teknologi seperti Digital Audio Workstation (DAW). ASWARA mempunyai Makmal Audio dengan kemudahan DAW dimana pelajar boleh menggunakannya bagi tujuan penghasilan karya kreatif. Kemuncak bagi program ini ialah penciptaan dan penggubahan lagu dalam Projek Penilaian Tahun Akhir (PeTA).

 

IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (PRODUKSI AUDIO)

Program ini melahirkan pelajar dengan kemahiran teknologi Audio Digital dalam rakaman audio dan muzik siaran langsung. Pelajar akan didedahkan secara praktikal tentang teknik rakaman, teknik adunan dan teknik mastering di dalam studio bertaraf profesional di ASWARA. Pelajar diberi latihan dalam persekitaran sistem bunyi secara siaran langsung seperti konsert, resital dan sebagainya. Kemuncak bagi program ini ialah penghasilan audio dalam Projek Penilaian tahun Akhir (PeTA). Sewaktu akhir pengajian, pelajar akan menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang produksi audio yang membolehkan pelajar bergerak aktif dalam industri kreatif.

 

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)

Kemaskini: 30 November 2022, 1045