KELAYAKAN PERMOHONAN ASRAMA

  1. Keutamaan kepada Pelajar tahun satu Pengajian Asasi Seni Kreatif, Pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
  2. Sekiranya ada kekosongan, Bahagian HEP akan menawarkan asrama kepada pelajar tahun 1 yang tinggal di lembah Klang dan Kuala Lumpur.
  3. Sekiranya masih ada lagi kekosongan, Bahagian HEP akan menawarkan kepada pelajar tahun 2 dan tahun 3 pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda.

KADAR YURAN ASRAMA

  1. Yuran asrama adalah seperti berikut:
    • Pengajian Asasi Seni Kreatif : RM500.00 satu semester
    • Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda : RM750.00 satu semester
  2. Setiap barang elektrik wajib didaftarkan dan membayar RM10.00 untuk satu barang elektrik bagi satu semester.

BARANG YANG DILARANG DI BAWA KE ASRAMA

  1. Rice cooker
  2. Keatle
  3. Dapur gas
  4. Bahan kimia berbahaya
  5. Bahan yang dikategorikan dadah/rokok/vape
  6. Dapur elektrik
  7. Bahan-bahan yang boleh membawa kebakaran

PERMOHONAN ASRAMA 

  1. Pelajar Asasi Seni Kreatif yang telah mendaftar diterima terus ke asrama.
  2. Pelajar Pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda tahun satu yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan diberikan borang permohonan asrama bersama surat tawaran ke ASWARA.
  3. Bagi pelajar Pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta pelajar tahun 2 dan tahun 3 akan dibuka tawaran sekiranya ada kekosongan dan borang permohonan boleh di ambil di Bahagian HEP.