Makmal Komputer dan Terminal OPAC

 

MAKMAL KOMPUTER DAN TERMINAL OPAC

Perpustakaan menyediakan kemudahan  makmal komputer yang terletak di tingkat 3 bagi tujuan pembelajaran dan juga memudahkan pengguna untuk menyertai program pendidikan pengguna  . Selain itu, pengguna boleh membuat tempahan untuk menggunakan makmal bagi tujuan pembelajaran yang sesuai. Makmal ini menempatkan 8 unit komputer dan had penggunaan adalah 1 jam bagi pengguna dalam satu-satu masa. Pengguna perlu mendaftar  di kaunter sebelum menggunakan kemudahan komputer. Selain itu, terdapat 12 terminal OPAC  yang di tempatkan di setiap tingkat bangunan Perpustakaan ASWARA bagi tujuan mengakses Sistem Pengkatalogan Bahan Atas talian. Penggunaan OPAC ini adalah bagi memudahkan pencarian bahan . Selain itu terminal ini juga boleh digunakan untuk mengakses bahan sumber rujukan elektronik.