PENGILMUAN SENI DAN INDUSTRI KREATIF

Pengarang : Salman Baharudin Ahmad
Diterbitkan Pada : 2016
ISBN : 978-983-2538-31-8
Bil Halaman : 432
Rating :
5.0 rating
Sinopsis :

Buku ini adalah himpunan sebanyak 25 buah kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar anjuran Pusat Pengajian Pasca Siswzah, Kursi P. Ramlee di ASWARA. Dua syarahan utama dan sebuah kertas kerja utama atau ucaptama dibentangkan oleh pemikir dan pengamal seni tanahair iaitu tokoh-tokoh yang dihormati dalam bidang masing-masing antaranya seperti Prof. Emeritus Dr. Mohamad Haji Salleh dalam bidang kesusasteraan dan pemikir Melayu, Prof. Dr. Hatta Azad Khan dalam bidang pemikiran, kesenian dan filem dan Tan Sri Johan Jaafar, tokoh korporat dan juga pemikir pengurusan dan pentadbiran kesenian. Kandungan buku ini asalnya adalah susunan dari kertas kerja dan ucaputama namun secara tidak langsung ia menjadi penanda kepada adanya dan munculnya sebuah pusat pengajian di peringkat pasca siswazah yang berhasrat memberi suntikan pemikiran kepada bidang kesenian Timur di dalam program pengajiannya.