Latarbelakang Saiz Teks
Pilihan Warna Kurang Upaya W3C Pilihan Bahasa
 
     
    
2:53 PM

Admin

::: Latarbelakang :::

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)
ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.
ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Tarikh Akhir Kemaskini : 18 Februari 2010
Jumlah capaian kepada laman ini : 960
Mukasurat: 1  2  

::: PAUTAN AGENSI :::
  • Arkib Negara Malaysia Balai Seni Lukis Negara FINAS Istana Budaya IKN
  • Jabatan Hal Ehwal Khas Bernama Institut Penyiaran & Penerangan Tun Abdul Razak Jabatan Filem NegaraJKKN
  • Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Warisan Negara Jabatan Penyiaran Malaysia Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia MalaysiaKPKK
Hakcipta Terpelihara 2009 © ASWARA
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Tarikh Kemaskini : 11 Mac 2010, 03:33 PM