Latarbelakang Saiz Teks
Pilihan Warna Kurang Upaya W3C Pilihan Bahasa
 
     
    
2:53 PM

Admin

::: Kandungan :::

SLOGAN Q ASWARA

i – budaya” merupakan Slogan Kualiti ’Q’ ASWARA. I – budaya akan diterap  dikalangan warga ASWARA mengandungi lima prinsip iaitu :-

  • Saya Berbudaya

Semua warga ASWARA perlu mengamalkan nilai-nilai pekerti mulia dan terpuji. Amalan kesopanan dan kesusilaan yang terpuji, tatakelakuan berhemah dan amalan-amalan budaya murni dan luhur ke arah mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi bahasa agar tamadun Malaysia tidak hilang mutu dan luntur intisari sosialnya. Semangat perpaduan, toleransi, saling memahami dan cintakan negara yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat Malaysia merupakan nilai-nilai sarwajagat menjadi lambang jatidiri Malaysia yang unik di persada antarabangsa.

  • Ilmu Budaya

ASWARA mengamalkan budaya ilmu yang menpunyai jati diri dan tahap penghayatan budaya bangsa yang tinggi. Institusi ASWARA membimbing dan membina modal insan yang kreatif dan berinovasi dalam usaha membangunkan sebuah industri budaya yang mantap, tersusun, mampan dan terarah. Usaha yang membudayakan ilmu dan kemahiran dalam kerangka intektuallisme mempastikan kesinambungan warisan bangsa ke tahap cemerlang, gemilang dan terbilang dalam merealisasikan matlamat ASWARA 2020.

  • Informasi Budaya

ASWARA memupuk budaya ilmu dan profesionalisme melalui mekanisme perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan dalam media informasi yang memulihara warisan budaya, meningkatkan apresiasi rakyat terhadap kesenian, warisan bangsa dan penyebarluasan informasi budaya dalam bentuk penerbitan bahan seperti risalah, poster, VCD, media cetak dan elektronik, pementasan dan persembahan seni budaya pada majlis-majlis rasmi dan keramian.

ASWARA berfungsi sebagai pusat rujukan kesenian tradisional negara seperti Wayang Kulit, Bangsawan dan Mak Yong dengan perluasan fungsi dan kegunaan ASWARA sebagai sebuah Perpustakaan Digital dan Dokumentasi dalam penyelidikan, rekod, pengumpulan imajan teknologi maklumat komunikasi (ICT) dan pusat dukomentasi seni persembahan.

  • Intelektual Budaya

ASWARA adalah medan pertemuan tokoh-tokoh akademik seniman, karyawan, penerbitan dan artis yang bergabung tenaga dalam persekitaran yang kondusif dalam media intelektualisme bagi memperkaya warisan kebudayaan negara. ASWARA mengadakan penyelidikan dan penerbitan bahan-bahan maklumat yang berautoritatif dan berwibawa. ASWARA turut menjalankan penyelidikan asas dan kegunaan dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan dan menerbitkan jurnal-jurnal penyelidikan, buku-buku, majalah-majalah, risalah dan bahan-bahan maklumat seni budaya dalam usaha memperkasakan dan memperkukuh warisan bangsa.

  • Institusi Budaya

ASWARA sebagai sebuah institusi budaya yang bernaung dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia berperanan sebagai sebuah Universiti yang memfokus kepada pendidikan seni berusaha melahirkan karyawan, seniman dan penggiat seni yang berilmu untuk mempastikan kewujudan dan kesinambungan warisan kebudayaan negara dan mengembangkan warisan seni negara.

Tarikh Akhir Kemaskini : 17 November 2009
Jumlah capaian kepada laman ini : 676
::: PAUTAN AGENSI :::
  • Arkib Negara Malaysia Balai Seni Lukis Negara FINAS Istana Budaya IKN
  • Jabatan Hal Ehwal Khas Bernama Institut Penyiaran & Penerangan Tun Abdul Razak Jabatan Filem NegaraJKKN
  • Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Warisan Negara Jabatan Penyiaran Malaysia Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia MalaysiaKPKK
Hakcipta Terpelihara 2009 © ASWARA
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Tarikh Kemaskini : 11 Mac 2010, 03:33 PM