Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 27 Ogos 2010 (Jumaat), jam 10.00 pagi di Lobi Bangunan Baru Akademik Tambahan.Majlis tersebut telah dihadiri oleh Setiausaha Pembangunan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Encik Mohd Norzam Mustapa, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ir. Hj. Adnan Sukri bin Musa dan Rektor ASWARA, Y.Bhg. Dato' Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa serta warga JKR dan ASWARA.

     Sesi penyerahan kunci dari pihak JKR Wilayah Persekutuan kepada KPKK dan seterusnya kepada ASWARA telah berlangsung dengan sempurna. Acara kemudiannya diteruskan dengan lawatan ke sekitar bangunan baru.